Bantuan Khas RM350 Golongan Bujang, Belia & Mahasiswa

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Bantuan Khas RM350

Bantuan Khas RM350 – Melalui intipati Belanjawan 2023 yang melibatkan peruntukan sehingga RM388 bilion, terdapat Bantuan Khas RM350 khusus untuk semua golongan bujang, belia dan mahasiswa di seluruh negara.

Perkara ini telah diumumkan oleh YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melalui pembentangan Bajet/ Belanjawan 2023 di Dewan Rakyat tempoh hari.

Bantuan khas sehingga RM350 ini adalah bertujuan untuk membantu meringankan beban golongan muda yang kini menghadapi situasi kos sara hidup dan kos pendidikan yang mencabar.

Berikut dikongsikan informasi lengkap berkenaan bantuan khas ini.

Tarikh & Kadar Bayaran Bantuan Khas RM350

Untuk makluman anda, bantuan khas ini akan dikreditkan pada tarikh dan kadar yang berasingan iaitu bulan Jun dan Julai Tahun 2023.

Dalam sebuah program bersama masyarakat di Langkawi beberapa hari lepas, Perdana Menteri mengumumkan bahawa pengkreditan bayaran RM200 akan dilaksanakan pada Jun.

Manakala pengkreditan bayaran RM150 pula akan dikreditkan pada Julai berdasarkan kalendar yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan.

  • RM200 – Jun 2023
  • RM150 – Julai 2023

Baca Juga :

Bayaran sebanyak RM150 akan dikreditkan khusus bagi golongan bujang berumur 21-59 tahun, manakala bayaran RM200 pula dikhususkan kepada golongan belia dan mahasiswa yang berkelayakan.

Cara Mohon Bantuan Khas RM350

Untuk makluman anda, bantuan RM200 ini juga bertujuan untuk memupuk keterlibatan golongan remaja dan mahasiswa Institusi Pengajian Tinggi dalam meluaskan penggunaan aplikasi e-wallet atau e-dompet dan dikenali sebagai Program e-Tunai Belia Rahmah atau Program eBeliaRahmah.

Jika sebelum ini, bayaran RM200 hanya untuk remaja berusia 18 hingga 20 tahun, tetapi baru baru ini diumumkan bayaran adalah menyeluruh kepada belia dan mahasiswa yang berkelayakan.

Di samping itu, bantuan RM150 pula merupakan program Sumbangan Tunai Rahmah yang mengkhususkan pengkreditan kepada golongan bujang berusia 21-59 tahun.

Berikut dikongsikan cara permohonan bagi kedua dua bantuan ini.

  1. Permohonan bantuan RM200 tersebut boleh dilakukan di setiap aplikasi e-wallet yang telah diberikan kelulusan dan peruntukan oleh Kementerian Kewangan bermula Jun 2023.
  2. Antara aplikasi tersebut adalah Bigpay, Boost, TouchNGo, dan sebagainya.

Artikel berkaitan : Permohonan Bantuan e-Tunai Belia Rahmah RM200

  1. Permohonan bantuan RM150 pula adalah melalui laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Jika layak, pengkreditan bayaran akan dilaksanakan secara berperingkat bermula Julai 2023

Maklumat Lanjut

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan pertanyaan, sila rujuk:

Laman web rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR)
Hotline STR LHDNM 1-800-88-2747 (Waktu Operasi: 9 Pagi – 5 Petang)
Hotline STR MoF 03-8882 4565 / 03-8882 4566
Talian Bantuan Khas Kerajaan Cawangan LHDNM

Leave a Comment