Isi Kandungan
Pengeluaran KWSP Akaun 1 : Panduan & Syarat Permohonan
Pengeluaran secara dalam talian melalui laman web rasmi KWSP bagi ahli yang mempunyai i-Akaun kini dibenarkan.
Seperti yang kita semua sedia maklum, kerajaan telah membenarkan untuk anda mengeluarkan duit dalam simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja masing-masing selepas didesak sekian lama.
Persoalannya sekarang, apakah syarat kelayakan, bagaimana cara mohon pengeluaran KWSP tahun 2023 ini, kaedah pembayaran, apa link pautan yang bakal digunakan, jumlah payment, bila semakan status keputusan permohonan dan juga tarikh bayaran duit tersebut masuk akaun bank?
Berikut kami kongsikan maklumat penuh mengenai Pengeluaran KWSP Akaun 1 tahun 2023.
Baca Juga :
Tujuan e-Pengeluaran KWSP
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan akaun 1 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
- Pengeluaran untuk membeli rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
- Rawatan perubatan
- Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
- Pengeluran untuk pendidikan
Syarat Kelayakan e-Pengeluaran KWSP
Syarat membuat permohonan e-Pengeluran adalah seperti berikut:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Membuat e-Pengeluaran KWSP Online
Untuk membuat pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk menggunakan e-pengeluaran.
Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?
Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.
Semoga bermanfaat!
Maklumat Lanjut e-Pengeluaran KWSP
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.