Isi Kandungan
5 Kategori Pengeluaran Penuh KWSP Yang Dibenarkan
Dalam usaha membantu mereka yang memerlukan, pelbagai jenis bantuan khas telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Persekutuan atau Negeri.
Antaranya adalah dengan memperkenalkan pelbagai program seperti i-Sinar, i-Lestari dan i-Citra yang membenarkan para ahli membuat pengeluaran wang simpanan dari Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Akan tetapi, sebenarkan pihak KWSP juga membenarkan pengeluaran penuh simpanan para pencarumnya dari Akaun 1 dan Akaun 2 dengan syarat-syarat tertentu.
Berikut adalah senarai yang membenarkan pengeluaran penuh KWSP: –
Artikel Berkaitan :
- TERKINI : Pengeluaran KWSP Sebelum Bulan Mac 2023
- Kebenaran Membuat Pengeluaran KWSP 2.0 Kepada 3 Juta Pencarum
Berumur 55 Tahun
Ahli yang mencapai usia 55 tahun dibenarkan membuat pengeluaran penuh simpanan mereka kerana Akaun 1 dan Akaun 2 akan digabungkan menjadi Akaun 55.
Jika pencarum memilih untuk terus bekerja selepas usia 55 tahun, caruman yang diterima selepas itu akan dikreditkan ke dalam Akaun Emas yang hanya boleh dikeluarkan apabila anda mencapai umur 60 tahun.
Pekerja Berpencen / Persaraan Pilihan
Bagi Pekerja Berpencen/ Persaraan Pilihan, mereka boleh membuat pengeluaran penuh.
Definisi pekerja berpencen adalah pekerja yang telah diletakan dalam jawatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis dalam perjawatan berpencen oleh Kerajaan Malaysia ataupun Kerajaan Negeri atau badan kuasa berkanun atau tempatan.
SERTAI TELEGRAM: https://t.me/pakejbantuankerajaan
Hilang Upaya
Ahli KWSP yang mengalami hilang upaya boleh membuat pengeluaran penuh simpanan setelah disahkan oleh pegawai perubatan. Malah, mereka juga layak mendapat RM5,000 sebagai Bantuan Hilang Upaya untuk meringankan beban mereka.
Meninggalkan Negara
Ahli yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan mereka bagi berhijrah ke negara lain boleh memilih untuk mengeluarkan kesemua simpanan mereka di KWSP.
Kematian
Apabila ahli meninggal dunia, pengeluaran penuh simpanan mereka boleh dibuat melalui waris terdekat. Oleh hal demikian, pihak KWSP menggalakkan para ahlinya membuat penamaan bagi memudahkan urusan pengeluaran selepas kematian.
Bagi mereka yang menepati syarat-syarat yang telah ditetapkan, permohonan pengeluaran penuh KWSP ini boleh dibuat secara atas talian (online) di Sistem i-Akaun KWSP atau secara manual di cawangan-cawangan KWSP berdekat.
Maklumat lengkap berkenaan pengeluaran KWSP, boleh diteliti di Portal Rasmi KWSP – DI SINI.
Sumber : berikerja.com.my
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.