Tuntutan Pengeluaran KWSP
PETALING JAYA: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) meminta kerajaan meluluskan pengeluaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) secara bersasar sebelum sesi persekolahan 2023/2024 dibuka Mac ini.
Presidennya, Azmi Mohd. Tahir berkata, ini kerana kebanyakan pencarum tiada pilihan susulan keadaan yang memaksa menjadi faktor utama mereka menuntut pengeluaran berkenaan.
Artikel Berkaitan :
- Kebenaran Membuat Pengeluaran KWSP 2.0 Kepada 3 Juta Pencarum
- Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Sebelum Aidilfitri
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Anwar Ibrahim, kami ingin menjelaskan bahawa selepas beberapa sesi soal jawab bersama pencarum yang tertekan dan terdesak, kami mendapati bahawa hampir kesemua pencarum yang ditemui bukanlah mereka bergantung harap sepenuhnya pada pengeluaran KWSP semata-mata.
“Tetapi keadaan memaksa, maka tiada pilihan lain selepas pencarum sangat terkesan dan terbelenggu dengan kos sara hidup yang terus meningkat dan menekan hidup mereka.
“Satu demi satu harga barangan naik dan ini tidak dapat menampung kelangsungan hidup rakyat atau pencarum kerana dengan pendapatan yang tidak seimbang dan pekerjaan yang tidak stabil.
“Justeru dengan hanya satu jalan terakhir, adalah dengan membenarkan pengeluaran kecemasan KWSP ini secara bersasar bagi pencarum meneruskan kelangsungan hidup mereka,” katanya dalam kenyataan, semalam.
PGRIM sebelum ini membawa suara lebih 300,000 pencarum bagi menuntut pengeluaran KWSP secara bersasar bagi meneruskan kelangsungan hidup dalam fasa peralihan ke endemik ketika ini.
Bagaimanapun, Perdana Menteri dalam satu majlis di Kangar, Perlis sebelum ini, dilaporkan berkata, kerajaan perlu mempertimbang nasib dan masa depan pencarum KWSP sebelum membenarkan sekali lagi pengeluaran bersasar itu.
Mengulas lanjut, Azmi berkata, PGRIM akan terus mendesak dan mencari jalan supaya tuntutan pengeluaran kecemasan KWSP diluluskan dengan kadar sesegera.
“Kami sudah tiada daya lagi cara bagaimana untuk mendesak supaya pengeluaran kecemasan secara bersasar ini direalisasikan tetapi sebagai sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menegakkan hak asasi manusia, kami akan terus mendesak.
“Pencarum memerlukan wang simpanan titik peluh mereka sekarang,” ujarnya.
Sumber : Utusan Malaysia
Join Telegram Khas : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.