Isi Kandungan
Semakan Wang Yang Tidak Dituntut 2023
Tahukah anda, sepanjang tahun 2019, lebih dari RM9 billion jumlah wang yang tidak dituntut (WTD) yang dipegang oleh kerajaan.
Wang tidak dituntut atau WTD adalah merupakan wang yang sepatutnya dibayar kepada seseorang namun gagal dibayar dalam tempoh setahun.
Baca Juga :
- Pengeluaran Khas KWSP RM10,000 hingga RM30,000 Sebelum Aidilfitri
- TERKINI : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Bulan April 2023
Jumlah ini adalah meliputi:
- Gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan
- Dividen
- Keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan
- Tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran
- Draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput
- Simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang
- Cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai
- Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit
Selain itu, wang dalam akaun yang tidak aktif selama tujuh tahun termasuk dalam WTD. Contohnya:
- Akaun simpanan;
- Akaun semasa;
- Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).
Pada tahun 2018, Sistem Maklumat Wang Tak Dituntut Kerajaan Elektronik (eGUMIS) telah diaktifkan untuk membolehkan orang ramai menyemak wang mereka yang tidak dituntut.
Sehubungan dengan itu, anda digalakkan untuk menyemak sendiri wang anda ini.
Tambahan lagi, sistem ini juga berkebolehan untuk menyemak wang orang lain kerana ia adalah berpandukan dari nombor IC sahaja.
Justeru, anda juga seharusnya menyemak bagi pihak ahli keluarga anda terutamanya golongan ibu bapa, nenek, datuk, dan seterusnya yang berkaitan.
Cara Semak Wang Tidak Dituntut
- Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
- Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
- Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
- Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
- Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada).
Untuk nombor kad pengenalan tersebut, perlu diingatkan hanya 2 carian sehari sahaja dibolehkan. Untuk serahan WTD ini, tiada sebarang caj dikenakan.
Untuk maklumat lanjut anda boleh rujuk garis panduan tuntutan WTD.
Sumber : wiser.my
Join Telegram Kami : t.me/pakejbantuankerajaan
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.