TERKINI : Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 Bulan April 2023

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2



Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2 adalah kesinambungan bantuan tunai kewangan yang disalurkan daripada pihak kerajaan untuk rakyat berkelayakan seperti mana STR Fasa 1.

Terdapat beberapa fasa Sumbangan Tunai Rahmah yang akan disalurkan kepada rakyat dengan kadar bayaran yang berbeza, ianya juga adalah seperti Bantuan Keluarga Malaysia dan bantuan sama sebelumnya.

Baca Juga :

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 1




Pembayaran STR Fasa 1 telah diawalkan daripada Mac kepada Januari itu. Bantuan tersebut sudah dikreditkan dan hampir semua penerima telah terima bayaran tersebut. Ia disegerakan untuk membantu penerima hadapi musim tengkujuh.

Masing-masing bujang dan warga emas tiada pasangan terima bayaran RM 100. Manakala isi rumah terima RM 300 sekiranya layak.

Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 2



Tarikh Bayaran STR Fasa 2

Tarikh pembayaran bagi STR Fasa 2 belum diumumkan setakat ini. Hal ini kerana pembayaran STR Fasa 1 baru sahaja diumumkan, oleh sebab itu pengumuman bagi tarikh bayaran STR Fasa 2 masih terlalu awal.

Tetapi jangkaan pembayaran STR Fasa 2 jika mengikut bayaran BKM 2022 di mana setiap 3 bulan pembayaran akan dilaksanakan.

Oleh yang demikian, jika mengikut perkara tersebut dijangkakan pembayaran fasa seterusnya adalah pada bulan April 2023.

Walau bagaimanapun ia hanyalah sekadar jangkaan. Pihak kerajaan akan umumkan tarikh bayaran yang rasmi pada masa akan datang.

Cara Semak Status STR




  • Status kelayakan pembayaran STR boleh disemak mulai 17 Januari 2023.
  • Layari portal rasmi https://bantuantunai.hasil.gov.my
  • Sila klik Log Masuk STR untuk semakan lanjut.

Cara Log Masuk MySTR

Maklumat MySTR adalah berdasarkan maklumat MyBKM 2022.

Pendaftaran MySTR

  • Klik MySTR dan pastikan No MyKad anda merupakan penerima fasa 1 STR 2023.
  • Masukkan Maklumat Keselamatan.
  • Masukkan Kata Kunci Keselamatan dan Kata Laluan.
  • Pendaftaran berjaya.

Menu Log Masuk MySTR merupakan kemudahan secara dalam talian untuk semakan kelayakan STR fasa 1 bagi penerima yang mempunyai rekod STR 2023.

Log Masuk MySTR memerlukan No Mykad dan Kata Laluan yang telah didaftarkan.

Kategori Kelayakan STR Fasa 2




Kategori yang layak bagi STR buat setakat ini adalah isi rumah, warga emas tiada pasangan dan bujang.

Penerima STR Fasa 2 ini adalah daripada data BKM 2022. Oleh sebab itu, sekiranya anda bukan penerima sebelum ini dan ingin membuat permohonan baru, dijangkakan permohonan baru bakal dibuka pada masa akan datang.

Maklumat Lanjut



Sekiranya terlupa kata laluan dan gagal menjawab soalan keselamatan (percubaan sebanyak 3 kali diberikan), ID MySTR akan disekat dan dibenarkan untuk mencuba semula selepas 24 jam.

Sebarang bantuan lanjut, boleh hubungi LHDNM berhampiran atau talian Hotline BKK LHDNM 1-800-88-2747.

Atau anda boleh layari portal rasmi : https://bantuantunai.hasil.gov.my/

Inisiatif Khas Telegram : t.me/pakejbantuankerajaan

Leave a Comment