Bantuan Tunai Rakyat Telah Mula Dikreditkan Pada 15 Januari 2023

Kongsi Artikel Ini

Untuk makluman, bayaran Bantuan Tunai Rakyat 2023 Fasa 1 telah diawalkan pada Januari ini.

Perkara itu diumumkan melalui Mesyuarat Pertama, Penggal Pertama Parlimen Ke-15 Dewan Rakyat – 20 Disember 2022 (Sesi Pagi)

Berikut dikongsikan lebih lanjut berkenaan Bantuan Tunai Rakyat 2023.



Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan

Bantuan Tunai Rakyat (BTR 2023)

Isi Kandungan

Bantuan Tunai Rakyat (BTR) 2023




BTR 2023 adalah bantuan tahunan yang diperuntukkan oleh kerajaan kepada rakyat yang mana sebelum ini dikenali sebagai BSH, BPN, BPR dan BKM

Bantuan tunai yang dilaksanakan oleh kerajaan yang lalu akan diteruskan dan disegerakan pada Januari berbanding yang dijadualkan pada bulan Mac. Ini kerana mengambilkira beban yang ditanggung rakyat saat ini dan keperluan musim tengkujuh.

Perdana Menteri berkata, bantuan tunai ini akan memanfaatkan hampit sembilan juta penerima dengan peruntukan berjumlah RM2 bilion

Bayaran Fasa 1



Seperti bantuan-bantuan sebelum ini, bayaran bantuan dibuat secara beberapa fasa. Bagi bantuan tahun 2023, bayaran Fasa 1 akan dibuat seperti berikut:

Tarikh Bayaran

Fasa 1 : Diawalkan kepada bulan Januari iaitu bermula pada 15 Januari 2023 (bagi pengguna bank BSN)

Jumlah Bayaran



Fasa 1 :

  • Isi rumah : RM 300
  • Bujang : RM 100

Untuk perincian lanjut mengenai Bantuan BTR 2023 akan dikemaskini dari semasa ke semasa setelah diumumkan oleh pihak kerajaan sama ada daripada Kementerian Kewangan (MOF) ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Baca Juga :

Penafian

Pihak kami bukanlah wakil mana-mana agensi kerajaan. Ini merupakan maklumat yang kami perolehi daripada website rasmi kerajaan.

Mohon rujuk pautan asal untuk maklumat lanjut yang lebih lengkap.

Maklumat yang kami sampaikan berdasarkan info semasa atau bantuan tahunan berulang.

Maklumat Lanjut




Sebarang pertanyaan lanjut boleh rujuk maklumat berikut;

  • Hotline BKK LHDNM : 1-800-88-2747
  • Hotline BKK MOF : 03-8882-4565 / 03-882-4566

Leave a Comment