Isi Kandungan
Had Pengeluaran MyASNB Dinaikkan, Ini Buat Pengeluaran Duit ASB Secara Online Dengan Mudah!
Dah tak perlu beratur dan ambil giliran pun untuk membuat pengeluaran wang ASB.
Anda boleh buat pengeluaran secara online sahaja melalui myASNB dalam beberapa minit sahaja urusan selesai!
Duit ASB dah boleh keluar secara ONLINE menerusi portal myASNB sahaja.
Had pengeluaran secara dalam talian melalui myASNB juga telah dinaikkan ke RM2,000 sebulan untuk perancangan yang lebih fleksibel ketika memerlukan.
Kenaikan had pengeluaran ini telah tersedia di portal MyASNB, manakala di aplikasi MyASNB akan bermula pada 3 Mac 2022.
Jom kami kongsikan cara membuat pengeluaran ASB online.
Baca Juga :
- TERKINI : Kerajaan Sabah Akan Memberikan Bantuan Khas Sebanyak RM1,000
- Senarai Bantuan Belanjawan Negeri Selangor Tahun 2023 Yang Boleh Dimohon Oleh Rakyat!
- 17 Pengeluaran KWSP Tersedia Yang Boleh Dimohon Sebelum Pencen
Pengeluaran MyASNB Secara Dalam Talian
Kemudahan pengeluaran dalam talian ini ditawarkan selaras saranan kerajaan supaya institusi kewangan mengaplikasikan kemudahan urus niaga digital serta untuk memenuhi permintaan pemegang unit yang inginkan fleksibiliti dalam pengurusan pelaburan mereka.
Pemegang unit bagaimanapun dinasihatkan supaya menggunakan kemudahan pengeluaran ini dengan bijak dan berhemah serta hanya mengeluarkan wang sekiranya benar-benar memerlukan.
Pelaburan dalam unit amanah sebaiknya dilakukan untuk jangka masa sederhana dan panjang supaya wang yang dilaburkan boleh menikmati kuasa faedah kompaun dan terus berkembang.
Bagi yang belum ada akaun ASB, anda juga boleh membuka akaun secara online tau!
Cara Mohon Pengeluaran Duit ASB Online
Untuk buat pengeluaran ASB secara online, pastikan anda mempunyai akaun myASNB.
Bagi yang dah ada akaun, sila rujuk panduan pengeluaran (jualan balik) ASB mengikut langkah berikut:
- Log in ke aplikasi myASNB atau portal MyASNB di pautan https://www.asnb.com.my
- Pergi ke menu “Portfolio”. Pilih dana yang ingin dikeluarkan.
- Tekan “Transaksi”. Pilih “Jualan Balik”.
- Pilih “Seterusnya”.
- Akan keluar maklumat akaun bank yang kita daftarkan dalam portal.
- Isikan maklumat dan buat pengesahan untuk pengeluaran.
- Duit akan dimasukkan ke akaun simpanan kita dalam masa 1 hari bekerja.
- Lepas tu bolehlah login online banking untuk semak wang yang dipindahkan dari ASB.
*Rujuk panduan bergambar di bawah:
Panduan Buat Pengeluaran Duit ASB Online
LANGKAH 1
Log masuk ke akaun myASNB : https://www.myasnb.com.my/
LANGKAH 2
Klik Portfolio > Transaksi > Jualan Balik
LANGKAH 3
Semak maklumat bank untuk pemindahan dana.
LANGKAH 4
Tandakan kotak kecil dan klik Seterusnya.
LANGKAH 5
Pilih amaun > Klik Seterusnya
LANGKAH 6
Semak semula butiran bank dan klik Teruskan.
LANGKAH 7
Klik Permintaan TAC > Seterusnya
SELESAI!
Had Minimum & Maksimum Pengeluaran ASB Online Setiap Bulan
- Had MINIMUM jualan balik secara online ialah RM100
- Had MAKSIMUM pengeluaran secara dalam talian ialah RM2000 sebulan dari mana-mana akaun unit amanah ASNB anda.
- Namun, tiada had jualan balik sekiranya urus niaga tersebut dilaksanakan di kaunter cawangan atau ejen ASNB.
Maklumat Lanjut
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim berkenaan Pengeluaran / Jualan Balik unit myASNB di pautan berikut: https://www.asnb.com.my/onlineredemption.php
Facebook: Amanah Saham Nasional Berhad
Hotline ASNB: 03-7730 8899
Share laju-laju. Ramai yang belum tahu!
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.