Barisan Kabinet Anwar Ibrahim Mungkin Diumum Hari Ini
Desas-desus pengumuman Kabinet semakin hangat diperkatakan sejak petang semalam kerana kemungkinan senarai Jemaah Menteri bakal diumumkan seawal hari ini.
Namun sehingga kini tiada perkembangan sidang akhbar pengumuman Kabinet oleh pihak Pejabat Perdana Menteri.
Sebaliknya ada menjangkakan pada esok manakala angkat sumpah Jemaah Menteri dijadual pada Sabtu.
Bagaimanapun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual ke Perak pagi esok selain menunaikan solat Jumaat di Tambun.
Ikuti Telegram Rasmi : t.me/pakejbantuankerajaan
Perkara itu sekali gus membayangkan kemungkinan Kabinet diumumkan seawal hari ini atau paling lewat sekali pun pada petang esok, itupun selepas Anwar selesai turun kawasan Parlimen dimenangi pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).
Berita pengumuman semakin kuat apabila akaun Facebook Istana Negara memuat naik empat keping foto yang memaparkan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin al-Mustafa Billah Shah menerima menghadap Perdana Menteri.
Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, selepas enam hari mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Ke-10 pada Khamis lalu, Anwar belum mengumumkan barisan Kabinetnya, dipercayai kerana masih berbincang dengan parti-parti yang membentuk kerajaan perpaduan dan memikirkan keadilan kepada mereka.
Jika mengambil kira situasi ketika Tun Dr. Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri ke-7 selepas PRU14, beliau mengumumkan senarai penuh barisan Kabinet lapan hari selepas mengangkat sumpah sebagai mengetuai kerajaan.
Bagaimanapun, Dr. Mahathir terlebih dahulu mengumumkan tiga jawatan kementerian yang paling kanan dua hari selepas mengangkat sumpah jawatan Perdana Menteri pada 10 Mei 2018.
Tan Sri Muhyiddin Yassin pula mengambil tempoh lebih kurang sama mengumumkan senarai Kabinet pimpinannya iaitu selepas lapan hari dilantik Perdana Menteri Ke-8 pada 1 Mac 2020 ekoran peletakan jawatan Dr. Mahathir pada 24 Februari 2020.
Tempoh lebih singkat diambil Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membentuk pasukan Kabinet beliau iaitu selama enam hari selepas dilantik Perdana Menteri ke-9 pada 21 Ogos 2021.
Kelewatan pengumuman barisan jemaah menteri kerajaan baharu ini ekoran pelantikan Perdana Menteri yang tertangguh selama enam hari ekoran ketiadaan gabungan parti politik menang majoriti 112 kerusi, mengakibatkan Parlimen tergantung selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) lalu.
Namun, kekusutan itu dileraikan Yang-di-Pertuan Agong melalui cadangan pembentukan Kerajaan Perpaduan diketuai Pakatan Harapan (PH) dengan sokongan parti gabungan lain tidak termasuk Perikatan Nasional (PN).
Baca Juga :
- TERKINI : Permohonan Bantuan Kebajikan Online 2023 (eSBK) ~ JPKA Sabah
- 26 Jawatan Kosong Telekom Malaysia (TM) Kini Dibuka ~ Gaji Permulaan RM2000 / Minima SPM Layak Memohon
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.