Bantuan Khas RM600. Bantuan khas RM600 ini akan dikreditkan pada akhir tahun ini secara berperingkat untuk rakyat Malaysia.
Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) merupakan bantuan tunai kerajaan yang bersasar kepada golongan yang memerlukan untuk meringankan kos sara hidup dan beban rakyat yang berpendapatan rendah. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) telah diumumkan dalam bajet 2022 dan akan memberi manfaat kepada semua isi rumah B40 & M40, warga emas dan bujang.
Untuk makluman anda, Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) akan dibuat secara berperingkat iaitu dengan melibatkan 4 fasa dalam setahun. Kadar bayaran bagi setiap fasa adalah berbeza mengikut kategori penerima bantuan. Kerajaan juga menyediakan bayaran BKM tambahan kepada beberapa kategori yang layak.
Anda boleh mengikuti perkongsian di bawah untuk maklumat lanjut bayaran BKM Tambahan.
Isi Kandungan
KADAR TAMBAHAN BKM (BANTUAN KHAS RM600)
Untuk makluman anda, kadar tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) hanya diberikan kepada penerima isi rumah berikut:
- Tambahan RM500 kepada penerima kategori isi rumah berstatus Ibu Bapa Tunggal (IBT) yang mempunyai anak menepati syarat atau.
- Tambahan RM300 kepada penerima kategori isi rumah berstatus warga emas yang mempunyai anak menepati syarat.
Baca Juga:
- Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Sebanyak RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Sekarang!
- Cara Mohon 17 Pengeluaran Khas KWSP Tahun 2022
- TERKINI : Bantuan i-Sejahtera RM200 Akan Dibayar Pada Tahun Hadapan ~ Semak Kelayakan Anda Sekarang!
SEMAK KELAYAKAN BKM TAMBAHAN (BANTUAN KHAS RM600)
Semakan dan pengkreditan status BKM akan bermula pada 15 November 2022. Berikut ialah cara membuat semakan kelayakan BKM Tambahan:
-
- Buka laman web https://bkm.hasil.gov.my/account/Login.aspx
- Masukkan nombor kad pengenalan lalu klik semak.
- Sahkan kata kunci keselamatan anda lalu klik YA jika betul.
- Masukkan kata laluan yang telah didaftarkan sebelum ini dan klik Log Masuk.
- Klik semakan status untuk semak status permohonan.
- Status permohonan beserta dengan jumlah bayaran bantuan diluluskan akan dipaparkan
Sekiranya tiada maklumat BKM tambahan akan dipaparkan di laman semakan anda, ini bermakna anda tidak layak untuk menerima bayaran BKM tambahan.
TARIKH BAYARAN BKM TAMBAHAN (BANTUAN KHAS RM600)
Untuk maklumat anda, bayaran adalah secara berperingkat mengikut bank masing-masing.
-
- Fasa 1 : 28 Mac 2022
- Fasa 2 : 27 Jun 2022
- Fasa 3 : Bermula September 2022
- Fasa 4 : Bermula 15 November 2022
MAKLUMAT LANJUT
Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) tambahan, anda boleh rujuk di laman www.bkm.hasil.gov.my
Sebarang pertanyaan, anda boleh hubungi talian BKK LHDNM di 1-800-88-2747