Isi Kandungan
Pengeluaran Wang KWSP
Mungkin ramai terkejut dengar pasal ni, rupa-rupanya kita ada cara nak keluarkan duit KWSP tanpa tunggu pengumuman khas PM lagi.
Kalau masih ingat lagi beberapa bulan lalu, kita pernah dapat ‘izin’ daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk keluarkan wang simpanan daripada akaun masing-masing melalui inisiatif i-Lestari, i-Citra dan i-Sinar.
Watak utama yang menjadi ‘muka depan’ KWSP pada waktu itu ialah si gadis maya bernama Elya yang komited, rajin lagi ceria dalam menyampaikan berbagai-bagai informasi mengenai pengeluaran dari semasa ke semasa.
Pengeluaran KWSP dalam jumlah besar sekali gus semestinya agak dinanti-nantikan melalui pengumuman khas oleh perdana menteri, betul tak? Tapi tahukah anda, sebenarnya kita boleh sahaja keluarkan simpanan KWSP tanpa tunggu pengumuman khas pun!
Tapi macam mana caranya?
Artikel Berkaitan:
- Cara Mohon 17 Pengeluaran Khas KWSP Tahun 2022
- Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) Sebanyak RM300 Dikreditkan Pada Bulan Ini ~ Mohon Sekarang!
- Bantuan i-Sejahtera RM200 Akan Dibayar Pada Tahun Hadapan
Tak Payah Tunggu Pengumuman, Ini Cara Nak Keluarkan Duit KWSP Dengan Mudah
Terpulang mahu percaya atau tidak, satu-satunya cara untuk anda keluarkan sejumlah simpanan tanpa tunggu ‘lampu hijau’ daripada Pengumuman Khas Perdana Menteri ataupun KWSP sendiri adalah melalui Akaun 2 KWSP.
Tujuan Pengeluaran Duit KWSP
Bagi anda yang belum tahu, kini anda boleh buat pengeluaran simpanan Akaun 2 KWSP bagi urusan-urusan berikut;
- Pengeluaran untuk membeli rumah
- Pengeluaran untuk membina rumah
- Pengeluaran untuk menyelesaikan baki pinjaman rumah
- Rawatan perubatan
- Pengeluaran untuk menyelesaikan PTPTN
- Pengeluran untuk pendidikan
Syarat Kelayakan
Syarat membuat permohonan Pengeluran i-Akaun KWSP adalah seperti berikut:
- Ahli warganegara Malaysia atau penduduk tetap
- Syarat kelayakan mengikut syarat pengeluaran semasa
- Permohonan pengeluaran tidak melebihi amaun pengeluaran maksimum
- Bayaran secara pengkreditan terus ke Akaun Bank Simpana / Semasa ahli atau rakan strategik KWSP
Cara Nak Keluarkan Duit KWSP Dengan Mudah
Untuk membuat Pengeluaran Akaun 2 KWSP bagi tujuan-tujuan di atas, anda boleh buat secara online melalui e-Pengeluaran. Anda perlu Daftar i-Akaun terlebih dahulu untuk membuat permohnan e-pengeluaran.
Bila dah daftar i-Akaun, ikuti langkah berikut untuk buat e-pengeluaran:
1. Log masuk ke i-Akaun KWSP
2. Klik menu ‘Pengeluaran’
3. Kemudian klik ‘Permohonan Baru’
4. Pada bahagian Jenis Pengeluaran, sila pilih tujuan pengeluaran anda (Membina/membeli rumah atau sebagainya)
5. Pada Nama Institusi sila pilih nama bank tempat anda membeli rumah/ yang berkaitan.
6. Klik Seterusnya dan ikut langkah sehingga selesai permohonan pengeluaran
7. Dalam masa beberapa hari, anda akan menerima SMS yang menyatakan anda perlu ke KWSP untuk urusan pengesahan cap jari.
8. Keputusan pengeluaran akan mengambil masa 10 hari bekerja.
Siap! Anda hanya perlu tunggu pengesahan. Bila dah disahkan wang pengeluaran yang anda mohon akan dimasukkan terus ke akaun bank anda. Mudah kan?
Sebenarnya nak buat pengeluaran untuk tujuan penting seperti membeli rumah dah sebagainya tidak akan merugikan anda pun. Sekurang-kurangnya nanti bila dah bersara anda tidak lagi berhutang dan sudah memiliki rumah sendiri.
Semoga bermanfaat!
Maklumat Lanjut
Untuk sebarang pertanyaan dan info lanjut, anda boleh layari www.kwsp.gov.my
Sumber : edubestari.com
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.