Panduan Mudah MySPR Semak Pusat Mengundi Secara Online Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

MySPR Semak Pusat Mengundi. Panduan Mudah MySPR Semak Pusat Mengundi Secara Online Dengan MySPR Semak

Tidak perlu lagi susahkan diri daftar di kaunter atau secara bertulis. Sekarang segalanya ada di hujung jari sahaja. Semua rakyat Malaysia telah diberikan kemudahan untuk menyemak pusat mengundi mereka secara online atau dalam talian. PRU15 sudah dekat pastinya, adakah anda tahu cara hendak semak dengan pantas?


Anda tidak perlu risau, artikel pada kali ini kami akan berkongsi kepada anda secara menyeluruh mengenai panduan mudah menggunakan MySPR untuk memudahkan proses pengundian anda nanti.

Isi Kandungan

SYARAT DAFTAR MYSPR SEMAK PUSAT MENGUNDI



Sebelum anda mengundi pastikan anda faham serta melepasi syarat kelayakan sebagai seorang pendaftar undi yang telah ditetapkan SPR.

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 21 tahun dan ke atas
  • Bermastautin di kawasan pilihan raya yang ingin didaftarkan.
  • Tidak dihalang atau hilang kelayakan oleh undang-undang pihak berkuasa.

Baca Juga:

SEMAK PUSAT MENGUNDI DAN MAKLUMAT PENGUNDI PRU15 MYSPR SEMAK PUSAT MENGUNDI




Sekiranya anda ingin menggunakan aplikasi MySPR, terlebih dahulu anda mestilah muat turun ke dalam telefon masing-masing. Bagi pengguna Android dan iOS ini adalah pautannya:

Website rasmi: https://mysprsemak.spr.gov.my/

  • Selepas selesai memuat naik aplikasi tersebut atau link website rasmi yang telah diberikan, anda boleh klik pada butan “Semakan Daftar Pemilih
  • Kemudian, isi nombor kad pengenalan 12 angka anda.
  • Klik pada butang “Semak”.
  • Maklumat peribadi anda serta kawasan mengundi akan terpapar di skrin secara jelas.
  • Anda boleh screen shoot atau cetak maklumat tersebut sebagai rujukan nanti.

CARA MENDAFTAR PENGUNDI ONLINE DI MYSPR SEMAK PUSAT MENGUNDI



Undian online sememangnya sangat memudahkan ramai pihak khususnya rakyat Malaysia yang tidak berkesempatan atau mempunyai halangan untuk mengundi pada tarikh yang telah ditetapkan.

Menjadi pengundi online, anda boleh mengundi di mana-mana sepanjang tempoh masa yang telah ditetapkan itu. Namun sebelum itu, pastikan anda ikut cara mendaftar yang betul dahulu:

  • Langkah 1: Layari laman web https://myspr.spr.gov.my/login
  • Langkah 2: Klik pada “Permohonan Akaun Baru
  • Langkah 3: Isikan maklumat yang diminta seperti nombor telefon bimbit yang sah dan aktif, alamat e-mel yang sah dan aktif, gambar depan kad pengenalan, dan juga gambar anda berswafoto bersama kad pengenalan anda.
  • Langkah 4: Pemberitahuan status permohonan yang lulus / gagal akan dihantar terus ke alamat e-mel.

CARA RINGKAS TUKAR ALAMAT TEMPAT MENGUNDI DI MYSPR SEMAK PUSAT MENGUNDI




Masalah yang banyak berlaku kepada pengundi di Malaysia adalah lokasi tempat pengundian yang berbeza dengan alamat masa dia berada. Penempatan lokasi pengundian yang telah ditentukan oleh SPR ini adalah berpandukan kepada alamat di MyKad.

Berikut adalah cara-caranya:

  • Log Masuk akaun anda ke pautan rasmi SPR di pautan https://myspr.spr.gov.my/login
  • Klik pada “Borang A” (Pertukaran Bahagian Pilihan Raya / Pertukaran Status) dengan mengisi borang yang disediakan)
  • Pastikan anda pilih pada pilihan “Kategori Pemilih” di Bahagian 1 sekiranya anda baru pertama kali.
  • Kemudian, anda perlu isi dengan lengkap butiran alamat lengkap seperti dalam kad pengenalan / alamat tempat bertugas / alamat tempat bertugas pasangan dan maklumat yang dikehendaki.
  • Muat naik gambar depan MyKad dan Gambar swafoto bersama MyKad anda.
  • Pastikan semak kembali segala maklumat yang diisi dan dimuat naik tadi. Sekiranya berpuas hati, klik “Hantar”.
  • Anda dikehendaki untuk membuat permohonan TAC. TAC itu kemudian akan dihantar ke alamat e-mel atau SMS.
  • Masukkan sahaja nombor TAC yang diterima dan klik “Hantar”.
  • Sekiranya permohonan anda diterima, satu notifikasi akan dihantar ke e-mel anda berkenaan status permohonan tersebut.

CARA MENUKAR ALAMAT PADA MYKAD



Untuk makluman anda, sekiranya alamat rumah anda berubah pastikan ianya telah dikemaskini juga di dalam MyKad. Cara-caranya adalah seperti:

  • Pemohon boleh pergi ke mana-mana Pejabat JPN yang berhampiran untuk memohon pertukaran pada MyKad.
  • Pemohon perlu membawa dokumen sokongan sebagai bukti alamat baharu seperti bil utiliti/ cukai pintu / cukai taksiran / borang taksiran cukai pendapatan
  • Pemohon juga boleh menggunakan perjanjian jual beli rumah / perjanjian resit sewa rumah sekiranya bil utiliti tidak didaftarkan atas nama pemohon.
  • Pemohon mestilah bawa dokumen sokongan. Sekiranya semua dokumen yang dinyatakan di atas tiada, maka dapatkan dokumen sokongan sama ada:

 

  • Ketua kampung
  • Tuai rumah
  • Penghulu
  • ADUN
  • Ahli Perlimen
  • Majikan atau sebagainya

CARA MOHON UNDI POS DI MYSPR SEMAK PUSAT MENGUNDI




Undi pos, terma yang mungkin tidak semua orang tahu. Kaedah pengundian undi pos dijalankan pada setiap pilihan raya di mana kertas undi akan diedarkan kepada atau dikembalikan oleh pengundi melalui pos.

Berbanding pengundi biasa, mereka akan membuat undi di pusat pembuangan undi atau secara elektronik. Pengundi pos boleh berlaku kepada pengundi dalam negara atau luar negara (kebiasaannya pelajar & penjawat awam). Langkah untuk memohon undi pos adalah seperti yang berikut:

  • Buat pendaftaran akaun MySPR anda dan aktifkan juga akaun pengguna.
  • Kemudian, log masuk ke akaun MySPR anda seperti biasa.
  • Klik pada pilihan “Permohonan Undi Pos”
  • Seterusnya, lengkapkan maklumat yang diperlukan dan hantar permohonan tersebut.
  • Anda biasanya akan menerima e-mel balasan untuk tentukan permohonan undian tersebut lulus atau gagal.

Kaunter Pendaftaran Pemilih Ibu Pejabat SPR Malaysia Aras G, Menara SPR No.2, Jalan P2T, Presint 2, 62100 Putrajaya.

Selain itu anda juga boleh mengunjungi lokasi yang dicadangkan seperti di bawah ini:

  • Pejabat-Pejabat Pilihan Raya Negeri
  • Pejabat-Pejabat Pos Malaysia seluruh negara
  • Kaunter SPR yang dibuka melalui Program Outreach di kawasan tumpuan orang ramai
  • Pejabat-Pejabat Kedutaan, Suruhanjaya Tinggi & Konsulat Jeneral di Luar Negeri
  • Penolong Pendaftar Pemilih yang dilantik daripada kalangan kakitangan agensi-agensi kerajaan, institusi pengajian tinggi tempatan dan ahli-ahli pertubuhan bukan kerajaan

Sebarang semakan lokasi cawangan SPR yang berdekata bolah anda rujuk melalui pautan ini: https://www.spr.gov.my/ms/hubungi-kami/cawangan-spr

Diharapkan perkongsian kali ini dapat membantu ramai lagi masyarakat Malaysia untuk melakukan persediaan yang rapi menjelang PRU15 akan datang. Ingat, jalankan tanggungjawab anda sebagai seorang rakyat. Satu undian membawa sebuah perubahan.

Leave a Comment