PDRM Dedah Punca Sebenar Kematian Pelakon & Pempengaruh Syazlin Zainal Buatkan Ramai Terkejut

Kongsi Artikel Ini

PDRM dedah punca kematian pelakon Syazlin Zainal buatkan ramai terkejut. Polis mengesahkan pelakon dan selebriti media s0sial, Syazlin Zainal, 26, maut selepas terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, semalam.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, pihaknya mendapat maklumat berhubung kejadian itu pada pukul 12.50 tengah hari.

Menurut beliau, panggilan awam itu memaklumkan mereka menemukan mayat seorang wanita di bahagian bawah pangsapuri itu.

Ikuti Telegram : t.me/pakejbantuankerajaan

Isi Kandungan

Punca Kematian Pelakon Syazlin Zainal – PDRM

“Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan adalah seorang warga tempatan berusia 26 tahun dan bekerja sebagai seorang pelakon sambilan.

“Sebab kematian adalah jatuh dari tingkat 22 pangsapuri dan mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah (HSA) di sini,” katanya dalam satu kenyataan media, di sini hari ini.

Tambah Raub, siasatan awal polis tidak menemukan sebarang unsur jenayah dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).

“Bagaimanapun, orang ramai yang melihat kejadian itu diminta menghulurkan maklumat dengan menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintendan Mat Nawi Ab. Rahman di talian 016-5050808,” jelasnya.


Difahamkan, proses bedah siasat masih lagi dijalankan di Jabatan Perubatan Forensik HSA dan jenazah dijangka dikebumikan di Tanah Perkhuburan Islam Kassim Noor, Kampung Sungai Danga di sini.

Terdahulu, media melaporkan Syazlin Zainal meninggal dunia di Johor dan punca kematiannya masih dalam siasatan. Berita pemergian Syazlin semalam mengejutkan ramai pihak termasuk rakan-rakan dan peminat.

Syazlin pernah membintangi beberapa drama tempatan antaranya Sitik Tok, Dia Yang Ku Jadikan Suami, Takdir Yang Tertunda dan Ada Yang Ngikut.

AIIahyarham merupakan anak b0ngsu daripada lima beradik dan anak perempuan tunggal dalam keluarganya.

Hasrat Syazlin Zainal Sambut HariJadi Bersama Keluarga Tak Kesampaian


Hasrat pelakon dan selebriti media sosial, Syazlin Zainal yang meninggal dunia semalam untuk menyambut ulang tahun kelahiran ke 26 tahun Isnin ini lagi tidak kesampaian.

Seorang rakan AIIahyarham dalam perkongsian di Instagram Story berkata, dia berulang kali membaca mesej peribadi yang juga perbualan terakhir mereka.

PDRM - Syazlin Zainal

“Saya yang terkilan apabila membacanya. Arwah ingin menyambut dan meraikan ulang tahun kelahirannya tahun ini kerana tahun lalu tidak berkesempatan. Lagi empat hari sayang,” tulisnya berserta paparan mesej peribadi yang dimuat naik.

Dalam pada itu, rata-rata rakan AIIahyarham turut memohon orang ramai untuk menghentikan spe.kulasi punca kematiannya.

Kata mereka, biarlah ahli keluarga yang berkongsi mengenai punca kematian ar.wah apabila tiba waktu yang sesuai.

Baca Juga :

Sumber : selayangpandang.net

Leave a Comment