TERKINI – Pakatan Harapan (PH) akan mengekalkan cadangan sebelum ini supaya tiga jawatan Tmbalan Perdana Menteri (TPM) diwujudkan jika gabungan itu dipilih menerajui kerajaan selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), 19 Nov ini.
Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata cadangan itu merangkumi seorang TPM masing-masing dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
“Cadangan ini dari dulu lagi sejak zaman Pakatan Rakyat, kita akan ada satu TPM dari Semenanjung, satu dari Sabah dan satu dari Sarawak. Tetapi kalau ada perubahan, nanti kita akan bincang,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Jelajah PH Sabah, di sini, hari ini.
Sementara itu Presiden UMNO turut berkata Sabah bakal mempunyai timbalan perdana menteri pertama sekiranya Barisan Nasional (BN) menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15), kata Ahmad Zahid Hamidi.
Pengerusi BN itu berkata selain Sabah, BN juga mencadangkan timbalan perdana menteri turut dilantik dari Sarawak dan Semenanjung agar jawatan kanan itu diisi oleh tiga wakil dari setiap wilayah.
Katanya, kewujudan tiga jawatan timbalan perdana menteri itu bagi memastikan rakyat di setiap kawasan dapat dibela sebaiknya.