Semakan Keputusan SPMU. Untuk makluman anda mengenai Semakan Keputusan Peperiksaan & Pendaftaran Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022/2023.
Keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 akan dikeluarkan pada Khamis, 20 Oktober 2022.
Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia Ulangan (SPMU) 2022 telah dilaksanakan bermula pada 12 hingga 14 September ini yang melibatkan 7,720 calon di 209 pusat peperiksaan di seluruh negara.
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut tentang kenyataan media KPM dan cara membuat semakan online keputusan SPMU 2022 di halaman TriviaMy.
Baca Juga:
- Permohonan Bantuan e-Pemula RM100 One-Off ~ Mohon Sekarang!
- MyKasih : Program Bantuan Makanan RM100 Selama 3 Bulan Tahun 2022
- TERKINI: BKM Individu Bujang Tahun 2022 Bantuan Sehingga RM600
Isi Kandungan
PENDAFTARAN SPMU
Buat makluman, pendaftaran peperiksaan SPM Ulangan lazimnya akan dibuka selepas pengumuman keputusan SPM.
Anda boleh hubungi Jabatan Pendidikan Negeri yang berhampiran dengan anda untuk urusan pendaftaran, bayaran dan juga untuk mendapatkan panduan yang selanjutnya.
Cara mendaftar untuk peperiksaan ini adalah seperti yang berikut:
Pendaftaran Secara Online:
Pendaftaran SPMU (tarikh tutup 23/6/2022) dan Ulangan SPM Persendirian (tarikh tutup 10/7/2022). Pendaftaran secara online iaitu melalui portal http://sppat.moe.gov.my/.
Anda juga boleh rujuk secara manual di bawah:
-
- Pemohon boleh mendapatkan borang pendaftaran di Jabatan Penilaian dan Peperiksaan Jabatan Pendidikan Negeri terdekat semasa waktu pejabat.
- Bayaran untuk calon adalah RM32. Calon mesti membayar JPN atas nama pengarah peperiksaan/ pendidikan negeri tempat kiriman wang/ pesanan pos didaftarkan.
- Selain borang pendaftaran dan juga pembayaran calon SPMU, dokumen yang mesti dibawa termasuk salinan sijil SPM (untuk calon berulang), salinan kad pengenalan/ pasport (jika bukan warganegara), salinan kad OKU/ sijil doktor (jika berkenaan), pos Sampul surat sampul surat dan 4 setem.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh berhubung di talian 03-88843787 / 03-88843745 / 03-88843785 atau rujuk laman web Kementerian Pendidikan Malaysia di pautan https://www.moe.gov.my/en/orang-awam/spm-ulangan-spmu-dan-spm-calon-persendirian
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU 2022
Buat makluman anda, keputusan SPMU bagi tahun 2022 akan diumumkan pada Khamis, 20 Oktober 2022.
Berikut adalah 3 cara untuk membuat semakan keputusan/ slip peperiksaan calon:
1) SEMAKAN KEPUTUSAN SECARA ONLINE
Semakan keputusan SPMU boleh dibuat dengan melalui pautan myresultspmu.moe.gov.my untuk mendapatkan keputusan yang penuh.
2) SEMAKAN KEPUTUSAN SPMU MELALUI SMS
Anda perlu taip SPMU<jarak>AngkaGiliran dan hantar ke 15888.
Talian ini akan diaktifkan pada 10.00 pagi pada 20 Oktober dan akan ditamatkan pada pukul 6.00 petang pada 26 Oktober 2022.
3) SEMAKAN SECARA MANUAL
Kepada calon yang tidak mempunyai capaian internet, anda boleh berhubung dengan pihak Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing untuk mendapatkan keputusan peperiksaan SPMU tahun 2022.