Program Skim Jaya Usahawan Belia (SYABAS) adalah sebuah program baharu Kerajaan Negeri Sabah pada tahun 2022 di bawah selian Kementerian Belia dan Sukan Sabah bagi memacu gerakan pembangunan ekonomi seta pengukuhan potensi para belia Sabah.
SYABAS juga merupakan program yang menyediakan kemudahan kewangan, latihan dan juga rakan pintar perniagaan kepada para usahawan belia Negeri Sabah.
Program ini merupakan inisiatif daripada Ketua Menteri Sabah bagi membantu belia Sabah mengembangkan perniagaan sedia ada mahupun memulakan pernigaan baharu.
Isi Kandungan
Objektif Program Skim Jaya Usahawan Belia
Tujuan utama pelaksanaan program ini adalah untuk:
- Membantu para belia memulakan perniagaan setelah kehilangan pekerjaan selepas Pandemik Covid-19.
- Membantu para usahawan belia yang mempunyai produk untuk dikembangkan lagi operasi perniagaan.
- Membantu membina para usahawan belia perniagaan eksport/import bagi memampankan perniagaan para belia.
Sasaran Program
- Sasaran program ini adalah belia Bumiputera Sabah yang berumur 18-40 tahun.
Kategori Permohonan
Terdapat 2 kategori permohonan yang ditawarkan iaitu:
- Start-up Fund: Dana bagi belia yang ingin memulakan perniagaan yang berjumlah RM2,000.
- Young Developing Creative Business Fund: Dana bagi belia yang ingin mengembangkan perniagaan sedia ada yang berjumlah RM5,000.
Syarat Permohonan Skim Jaya Usahawan Belia
Syarat permohonan yang ditetapkan bagi memohon program ini adalah seperti:
- Belia berumur 18-40 tahun yang menepati syarat permohonan.
- Warganegara Malaysia yang bermastautin di Negeri Sabah. (Salah satu ibu atau bapa adalah berasal dari Sabah).
- Mengemukakan bukti lesen perniagaan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).
- Mengemukakan penyata bank bagi kategori Start-Up Fund (RM 2,000), manakala bagi kategori Youth Developing Creative Business (RM 5,000) perlu mengemukakan 6 bulan penyata bank.
Cara Mohon Skim Jaya Usahawan Belia
Permohonan boleh dibuat menerusi langkah-langkah berikut:
- Layari laman web https://syabas.gov.my/.
- Klik bahagian ‘Daftar’ dan butang ‘Daftar Sekarang.’
- Masukkan maklumat yang diperlukan dan klik butang ‘Daftar.’
- Log masuk dengan memasukkan nama pengguna dan kata laluan.
- Isi maklumat yang diperlukan.
- Pilih kategori permohonan yang diinginkan.
- Muat naik dokumen yang diperlukan.
- Hantar permohonan setelah semua maklumat dan dokumen dimuat naik.
Dokumen Yang Diperlukan
Dokumen yang diperlukan untuk dimuat naik adalah seperti berikut:
i) Start-up Fund
- Lesen perniagaan
- Penyata akaun bank
- Salinan IC
- Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
ii) Young Developing Creative Business Fund
- 6 bulan penyata bank, gambar premis dan kertas kerja
- Lesen perniagaan
- Penyata akaun bank
- Salinan IC
- Dokumen-dokumen sokongan lain (jika ada)
Maklumat Lanjut
Maklumat lanjut mengenai SYABAS, sila layari laman web https://syabas.gov.my/.
*Layari www.triviamy.com untuk dapatkan Info Bantuan Kerajaan & Kerjaya Tahun 2022
Khairul, the insightful writer at www.triviamy.com, is dedicated to providing a comprehensive view of job vacancies and current issues in Malaysia. With a passion for keeping readers informed, Khairul’s articles offer valuable insights into employment opportunities and the latest developments in the country.