127 maut rusuhan bolasepak Indonesia, ramai sesak nafas kena ‘tear gas’

Kongsi Artikel Ini

MALANG – Kira kira 127 nyawa terkorban dalam kejadian rusuhan bolasepak Indonesia usai perlawanan “Jawa Timur derby” antara Arema FC vs Persebaya Surabaya di Stadium Kanjuruhan di Kabupaten Malang, Jawa Timur malam semalam (Sabtu 1 Oktober 2022).




Dalam kejadian tersebut telah meninggal 127 orang, dua di antaranya adalah anggota polis,

Ungkap Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Irjen Pol Nico Afinta dalam satu kenyataan pada Ahad.

Nico mengatakan, 34 nyawa maut di stadium manakala selebihnya meninggal dunia ketika dirawat di hospital.




Menurut laporan, kejadian berpunca dari tembakan gas pemedih mata pasukan keselamatan ke arah penyokong sekaligus menyukarkan penyokong untuk bernafas, selain terhimpit, terpijak serta tertindih sesama penyokong.

Menurut laporan Kompas.com, kekecohan terjadi setelah penyokong masuk ke padang selepas kekalahan pasukan Arema FC kepada Persebaya Surabaya dengan jaringan sebanyak 2 – 3.



Terdapat penyokong yang bertindak aggresif kemudian menceroboh masuk ke padang dengan melompat pagar penghadang.



Akibatnya, pasukan keselamatan menembak gas pemedih mata ke arah penyokong bagi meleraikan kekecohan itu. Sebaliknya, kesesakan berlaku tengah tengah asap ‘tear gas’ sekaligus mengakibatkan puluhan sehingga ratusan nyawa terbunuh.

Sumber: Kompas.com

Leave a Comment