Bantuan Perumahan Rakyat Malaysia Untuk Golongan Miskin Tegar Tahun 2022

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Perumahan Rakyat Malaysia. Buat makluman anda, Program Perumahan Rakyat Keluarga Malaysia (PRKM) kini menawarkan permohonan baik pulih atau bina baharu rumah kepada orang ramai yang tergolong dalam miskin tegar atau miskin.

Program perumahan akan ditentukan berdasarkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) semasa yang berkuat kuasa.


Tujuan inisiatif ini bertujuan untuk membantu mereka untuk memiliki rumah yang selesa untuk mengharungi kehidupan bersama keluarga mereka.

Isi Kandungan

KADAR BANTUAN PERUMAHAN RAKYAT MALAYSIA



  1. Bina Baharu (Keadaan ekonomik untuk dibaiki):
    • Semenanjung: RM66,000 (seunit).
    • Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: RM79,000 (seunit).
  2. Baik Pulih (Tiada rumah atau kediaman uzur dan tidak ekonomik untuk dibaiki):
    • Semenanjung: Maksimum RM15,000 (seunit).
    • Sabah, Sarawak, dan Wilayah Persekutuan Labuan: Maksimum RM17,000 (seunit).

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN PERUMAHAN RAKYAT MALAYSIA




Berikut adalah merupakan syarat-syarat kelayakan untuk memohon:

  • Pemohon mestilah disahkan miskin tegar atau miskin yang berdaftar dalam Bank Data Kemiskinan Nasional (e-kasih).
  • Pemohon mestilah diperakui dan disahkan layak oleh Mesyuarat Focus Group Pembasmian Kemiskinan Peringkat Daerah (FCD) atau Negeri (FGN) atau jawatankuasa yang setara dengannya di peringkat negeri.
  • Pemohon mestilah diperakui oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat dalam program pembasmian kemiskinan.
  • Pemohon mestilah diperakui oleh jawatankuasa di peringkat Kementerian.

CARA MEMOHON BANTUAN PERUMAHAN RAKYAT MALAYSIA



Buat makluman anda, berikut merupakan langkah-langkah untuk memohon:

  • Langkah 1: Anda perlu layari laman sesawang portal eSPKR.
  • Langkah 2: Lengkapkan kesemua maklumat yang diperlukan.
  • Langkah 3: Muat naik dokumen sokongan.
  • Langkah 4: Hantar permohonan.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BANTUAN PERUMAHAN RAKYAT MALAYSIA




Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kesejahteraan Rakyat Kementerian Pembangunan Luar Bandar di talian 03-8000 8000 atau email ke [email protected].

Leave a Comment