Rakyat Malaysia Bakal Menerima Bantuan Am Persekutuan RM350 Mulai Oktober Nanti

Kongsi Artikel Ini

Bantuan Am Persekutuan. Mulai oktober nanti, bantuan khas sehingga RM350 sebulan akan diberikan kepada rakyat Malaysia yang layak untuk menerimanya.

Bantuan Am Persekutuan ini telah disediakan oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang bertujuan untuk menampung perbelanjaan harian klien atau keluarga.


Isi Kandungan

KADAR BANTUAN AM PERSEKUTUAN

Buat Makluman anda, Bantuan Am Persekutuan yang akan diberikan adalah sebanyak RM100 sehingga RM350 (Maksimum).

SYARAT KELAYAKAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN



Berikut adalah merupakan syarat-syarat untuk memohon:

  • Pemohon hendaklah seorang warganegara Malaysia.
  • Pemohon mestilah dari golongan yang memerlukan dan juga keluarga miskin yang tidak diliputi di bawah jenis bantuan lain.

BORANG PERMOHONAN BANTUAN AM PERSEKUTUAN




Sekiranya ingin membuat permohonan, anda boleh mendapatkan borang permohonan yang tertera di bawah.

CARA MEMOHON BANTUAN AM PERSEKUTUAN



Berikut merupakan langkah-langkah sekiranya ingin membuat memohon:

  • Langkah 1: Layari laman sesawang JKM atau anda boleh terus muat turun borang permohonan yang tertera di atas.
  • Langkah 2: Klik ‘Daftar Permohonan Atas Talian’.
  • Langkah 3: Daftar permohonan mengikut negeri.
  • Langkah 4: Lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  • Langkah 5: Lampirkan dokumen sokongan yang diperlukan.
  • Langkah 6: Hantar permohonan.

Nota: Pemohon diminta untuk hadir ke Pejabat Kebajikan Masyarakat mengikut Daerah mana yang telah dipohon dalam tempoh 14 hari dari permohonan dibuat diatas talian.

Baca Juga:

DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN




Berikut merupakan dokumen sokongan yang perlu dilampirkan bersama dengan borang permohonan:

  • 1 Salinan MyKad Pemohon.
  • 1 Salinan MyKad ahli keluarg yang tinggal bersama.
  • 1 Salinan kad OKU/ slip pendaftaran sementara OKU (jika kategori OKU).
  • 1 Salinan penyata pendapatan/ surat akuan pendapatan (jika bekerja sendiri).
  • 1 bil utiliti (air/ elektrik/ telefon/ astro).
  • 1 Laporan pegawai perubatan dari hospital/ klinik kesihatan kerajaan/ swasta (bagi kes OKU tidak bekerja/ terlantar/ kronik/ alat tiruan).

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI BANTUAN AM PERSEUTUAN

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang portal Jabatan Kebajikan Masyarakat atau hubungi di talian 03 8000 8000.

Leave a Comment