Cara Memohon Skim ADAM50 ~ Bantuan ASB Sehingga RM200 Untuk Bayi

Kongsi Artikel Ini

Cara Memohon Skim ADAM50. Untuk makluman anda, Skim Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM 50) yang telah diumumkan oleh Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2018 masih boleh dimohon.

Bayi yang bewarganegara Malaysia, yang lahir dalam tempoh masa 1 Januari 2018 sehingga 31 Disember 2022 akan mendapat RM200 melalui unit amanah saham di Permodalan Nasional Berhad (PNB).

Tujuan bagi skim ini adalah untuk memupuk budaya menyimpan wang generasi TN50.


Isi Kandungan

JUMLAH YANG AKAN DIKREDITKAN

Buat makluman, unit amanah saham, RM200 akan dikreditkan ke akaun Amanah Saham Bumiputera (ASB) dan iainya hanya boleh dikeluarkan setelah anak mencapai usia 18 tahun.

CARA PENDAFTARAN SKIM ADAM50



Pendaftaran Skim ADAM50 mestilah dilakukan dalam tempoh maksimum setahun selepas tarikh lahir bayi tersebut.

Sekiranya ibu bapa atau penjaga gagal untuk mendaftarkan dalam tempoh tersebut, kelayakan untuk mendapatkan unit insentif percuma akan terbatal.

Baca Juga:

SYARAT KELAYAKAN SKIM ADAM50




  • Pemohon hendalah lahir pada atau selepas 1 Januari 2018.
  • Pemohon mestilah seorang yang warganegara Malaysia.
  • Ibu bapa atau Penjaga pemohon mestilah warganegara Malaysia.
  • Ibu bapa atau Penjaga pemohon mestilah berumur 18 tahun dan ke atas.
  • Ibu bapa atau Penjaga Berdaftar mestilah tidak diisytiharkan muflis sepanjang tempoh pelaburan.

CARA MEMOHON SKIM ADAM50



Sukacita dimaklumkan, permohonan boleh dibuat oleh ibu bapa atau penjaga yang berdaftar di mana-mana cawangan ASNB atau ejen ASNB di seluruh negara.

DOKUMEN SOKONGAN YANG PERLU




  • 1 Salinan pengenalan diri (MyKad) ibu/ bapa/ penjaga yang berdaftar.
  • 1 Salinan pengenalan diri (MyKid) bayi atau Sijil Kelahiran (sekiranya MyKid masih belum diterima).
  • 1 Salinan dokumen sokongan seperti Surat Pertalian Darah, perintah mahkamah dan lain-lain sekiranya penjaga berdaftar bukan dalam kalangan ibu atau bapa bayi.

MAKLUMAT LANJUT MENGENAI CARA MEMOHON SKIM ADAM50

Sekiranya ingin mendapatkan maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Amanah Saham Nasional Berhad.

Leave a Comment