Makluman Mengenai Agihan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 3 Untuk Penerima Tunai Bermula 20 September 2022
Selaras dengan pengumuman YAB PM, sejumlah hampir RM2 bilion akan disalurkan kepada 8.6 juta #KeluargaMalaysia untuk Bantuan Keluarga Malaysia Fasa 3 bermula 20 September 2022 secara berperingkat.
Pengeluaran secara automatik terus ke akaun berdaftar.
Manakala untuk peminjam yang tidak mempunyai akaun bank, pengedaran akan dibuat di BSN mulai 20 September 2022 (Selasa).
Semak Tarikh Bayaran BKM FASA 3
TERKINI: Jumlah Bayaran BKM Fasa 3
Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai cara membuat tuntutan dan semakan BKM bagi penerima tunai di halaman triviamy.
Isi Kandungan
PENERIMA BKM YANG LAYAK MENERIMA SECARA TUNAI
- Gagal kredit (akaun tidak aktif dan akaun tutup).
- Tiada akaun bank.
TARIKH BAYARAN BKM FASA 3 BAGI PENERIMA TUNAI
Tarikh bayaran BKM Fasa 3 akan mula dikreditkan pada 20 September 2022.
CARA TUNTUTAN BKM FASA 3
Untuk makluman anda, Pembayaran BKM untuk penerima tunai akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN).
Sila bawa kad pengenalan anda semasa anda datang ke cawangan BSN.
Rujuk notis pembayaran BKM oleh BSN dalam lampiran di bawah:
SEMAKAN KELULUSAN BKM FASA 3
Semakan status permohonan kelulusan BKM boleh dibuat di laman https://bkm.hasil.gov.my
WAKIL PENERIMA BKM FASA 3
Untuk anda yang tidak dapat pergi ke BSN untuk membuat tuntutan, pastikan anda telah mengisi borang maklumat wakil di laman web BKM 2022.
Apakah tujuan maklumat wakil diisi oleh pemohon BKM 2022?
Tujuan pengisian maklumat waris adalah seperti berikut:
- Waris bagi tuntutan Skim Khairat – Kematian (SKK) sekiranya pemohon/ pasangan BKM 2022 telah meninggal dunia.
- Wakil bagi penunaian BKM 2022.
Siapakah wakil yang layak didaftarkan semasa Permohonan BKM 2022?
Wakil yang layak didaftarkan semasa pemohonan BKM 2022 adalah seperti berikut:- Pasangan
- Ibu
- Bapa
- Anak
- Anak Kandung
- Anak Tiri
- Anak Angkat
- Adik-Beradik
- Cucu
Siapakah wakil yang dibenarkan atau layak untuk membuat penunaian BKM 2022 atau
tuntutan SKK BKM 2022?
Wakil Yang Layak Adalah
- Pasangan yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian B (Maklumat Pasangan) pada Borang BKM 2022.
- Wakil yang didaftarkan oleh pemohon di Bahagian D (Maklumat Wakil) pada Borang BKM 2022 dan mestilah terdiri daripada hubungan seperti jawapan bagi soalan No. 2.
Berapakah had umur bagi melayakkan seseorang untuk menjadi wakil rakyat?
Tiada had umur untuk kelayakan seseorang menjadi wakil penerima BKM 2022.
Saya bukan warganegara Malaysia tetapi menetap di Malaysia, adakah saya layak?
berdaftar sebagai wakil?
Ya, sekiranya anda bukan Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia, anda layak menjadi wakil sekiranya hubungan anda dan pemohon adalah terdiri daripada ibu/ bapa/ pasangan/ anak/ adik-beradik/ cucu yang menetap di Malaysia.
KADAR BAYARAN BKM FASA 3
Berapakah jumlah bayaran asas Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang akan diterima?
Jumlah bayaran yang akan diterima adalah seperti berikut: