Biasiswa ISMP: Mohon Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan 2022

Kongsi Artikel Ini

Makluman mengenai permohonan tawaran Biasiswa ISMP Perguruan Persekutuan Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) Tahun 2022 khusus buat pelajar-pelajar yang sedang mengikuti pengajian pendidikan di tahun pertama atau tahun kedua di Universiti Awam dalam bidang yang telah ditetapkan akan dibuka secara dalam talian (online) mulai 25 Mac 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.

Anda boleh membuat Permohonan secara dalam talian (online).

Berikut kami akan kongsikan lebih lanjut mengenai permohonan ISMP 2022 untuk makluman kepada calon yang berminat.

Isi Kandungan

PENGENALAN BIASISWA ISMP

Untuk pengetahuan anda, Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) adalah bertujuan untuk menyediakan pegawai-pegawai yang berkebolehan dan juga berkelayakan untuk dilantik sebagai Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) berdasarkan dengan unjuran keperluan bidang KPM.

Kepada yang melanjutkan pengajian Ijazah Pertama dalam bidang pendidikan, pelajar boleh memohon tajaan Biasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (ISMP) untuk ditindikkan dengan kerjaya keguruan di KPM selepas sahaja tamat belajar nanti.

biasiswa ismp

SYARAT PERMOHONAN

  • Calon hendaklah merupakan Warganegara Malaysia.
  • Umur calon tidak melebihi 25 tahun pada 1 Januari 2022 (tahun permohonan).
  • Calon mestilah memiliki Sijil Penuh bagi Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melayakkan lantikan ke perkhidmatan awam termasuk kepujian dalam Bahasa Melayu dan juga Ujian Lisan pada peringkat SPM atau kelulusan yang telah diiktiraf setaraf dengannya oleh
    Kerajaan.
  • Calon sedang mengikuti pengajian tahun pertama atau tahun kedua di peringkat Ijazah Sarjana Muda Pendidikan seperti bidang di bawah dan juga perlu mendapat sekurang-kurangnya PNGK 3.50 dan ke atas untuk keputusan semester terkini untuk
    memohon.
  • Untuk calon Bidang Bahasa Inggeris/TESL/TESOL, calon yang mendapat sekurang-kurangnya Band 5 bagi keputusan Malaysian University English Test (MUET) akan diberi keutamaan.
  • Kepada calon Bidang Dini dan jugaBidang Tahfiz, calon mestilah mempunyai kemahiran berkomunikasi dalam Bahasa Arab DAN wajib mengemukakan dokumen berkaitan seperti Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM)/Sijil Menengah Agama (SMA)/Sijil Menengah Ugama (SMU) atau mana-mana dokumen yang boleh menyokong kemahiran bahasa untuk memohon.
  • Calon yang berkelayakan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil untuk menduduki Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) dan perlu menghadiri sesi temu duga.
  • Kepada calon yang berjaya ditawarkan Biasiswa KPM perlu melepaskan tajaan yang sedia ada.
  • Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) tidak layak memohon.

Sila rujuk info penuh melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.

Baca Juga: Semakan Status & Tarikh Bayaran BKM Fasa 1

JURUSAN YANG LAYAK MEMOHON BIASISWA ISMP

Untuk makluman anda jurusan yang layak memohon adalah seperti dalam rajah di bawah ini:

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Cina
  • Bahasa Tamil
  • Pendidikan Islam
  • Pendidikan Moral
  • Pendidikan Jasmani dan Kesihatan
  • Pendidikan Seni Visual
  • Pendidikan Khas
  • Dini
  • Matematik
  • Sejarah
  • Geografi
  • Reka bentuk dan Teknologi
  • Bimbingan dan Kaunseling
  • Teknologi Elektrik dan Elektronik
  • Teknologi Automotif

– Peluang terbuka kepada semua pelajar Ijazah Sarjana Muda Pendidikan yang berkelayakan.

TARIKH PERMOHONAN

Untuk pengetahuan anda tarikh permohonan adalah mulai 25 Mac 2022

  • (Jumaat), jam 5.00 petang sehingga 22 April 2022 (Jumaat), jam 5.00 petang.

CARA MEMBUAT PERMOHONAN

Sekiranya ingin membuat permohonan biasiswa ISMP 2022, sila ikuti langkah seperti yang berikut:

  1. Permohonan boleh dibuat secara dalam talian (online) melalui pautan https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm.
  2. Pemohon mestilah mendaftarkan Nombor Kad Pengenalan dan juga Kata Laluan pada tab PERMOHONAN BARU. Kata laluan yang digunakan mestilah 8 sehingga 12 aksara dan juga mematuhi syarat kata laluan yang telah ditetapkan.
  3. Sila pastikan maklumat dikunci masuk dengan tepat. Maklumat ini tidak boleh dipindah selepas pendaftaran.
  4. Tekan MASUK untuk melengkapkan permohonan.
  5. Pemohon  diingatkan untuk membaca dan juga memahami panduan permohonan dengan teliti serta memasukkan maklumat yang tepat dan juga sahih.
  6. Sekiranya terdapat kesilapan mengisi maklumat permohonan dalam talian termasuk kesilapan mengisi No. Kad Pengenalan akan mengakibatkan permohonan akan ditolak.
  7. Pemohon dinasihatkan agar mengemukakan permohonan awal dan mencuba membuat capaian permohonan online ini pada waktu yang lain sekiranya percubaan pertama gagal atau tidak berjaya pada ketika itu. Hal ini kerana terdapat kemungkinan berlaku kesesakan laluan capaian pada laman web tersebut.
  8. Permohonan melalui Sistem ePenawaran adalah rasmi dan juga sah. Justeru, borang permohonan dan juga salinan sijil/dokumen TIDAK perlu dihantar secara hardcopy kepada Bahagian Biasiswa dan Pembiayaan (BBP), KPM untuk sebarang tindakan lain.
  9. Dokumen ASAL hendaklah dibawa semasa temu duga sekiranya terpilih.
  10. Permohonan yang tidak memenuhi syarat/tidak lengkap/tidak mengisi permohonan secara dalam talian akan ditolak serta-merta.
  11. Pemohon dibenarkan untuk mengemaskini permohonan sebanyak tiga kali dan menghantar SATU permohonan sepanjang tempoh tawaran dibuka.
  12. Pemohon WAJIB untuk memuat turun lalu menyimpan/mencetak Slip Pengesahan Penghantaran Permohonan sebagai bukti permohonan dan juga rujukan pada masa akan datang.

MAKLUMAT LANJUT

Untuk makluman khusus buat calon-calon yang berminat untuk memohon. Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan atau terdapat pertanyaan mengenai hebahan tawaran ini, Pemohon boleh menghubungi pegawai-pegawai seperti yang berikut untuk maklumat yang lebih lanjut:

  • Puan Nur Izzati binti Marzuki: 03-8321 7149
  • Encik Muhammad Zikri Firdaus bin Sulaiman: 03-8321 7159
  • Puan Bibi Marfizah Zahira binti Sayed Modasar Syah: 03-8321 7157
  • Puan Hani Suhailiz binti Ahmad Suhaimi: 03-8321 7113
  • Puan Nor Hazren binti Che Hassan: 03-8321 7138
  • Puan Siti Hajar binti Othman: 03-8321 7154
  • E-mel: [email protected]
  • Pautan pantas: https://epenawaran.moe.gov.my/ijazah1/login.cfm

Leave a Comment