MyKasih: Cara Mohon & Kelayakan Bantuan Barangan Dapur

Kongsi Artikel Ini

Baru-baru ini, kerajaan telah mengumumkan satu bantuan yang dinamakan PRIHATIN Kasih. (6 July 2021)

PRIHATIN Kasih ini merupakan inisiatif cashless (Sistem MyKasih) dimana ianya hanya menggunakan MyKad untuk membeli barangan rumah.
Fokus bantuan ini ialah kepada seluruh rakyat malaysia khususnya yang mempunyai MyKad.

Tahukah anda apakah itu sistem MyKasih, bagaimana untuk mendaftar atau memohon dan bagaimana sistem MyKasih ini berfungsi?
kami akan kongsikan maklumat lanjut tentang MyKasih untuk makluman bersama.

Isi Kandungan

APAKAH ITU MYKASIH FOUNDATION?

  • MyKasih Foundation adalah satu organisasi NGO tempatan yang ditubuhkan pada tahun 2009 oleh Tan Sri Dr Ngau Boon Keat dan isterinya Puan Sri Jean dengan misi untuk membantu keluarga dan pelajar miskin.
  • MyKasih beroperasi dengan teknologi yang berbeza. Ianya menggunakan sistem pembayaran tanpa tunai yang dikembangkan oleh ePetrol.
    Sistem ini menggunakan sesuatu yang sangat penting yang kita warganegara Malaysia simpan di dompet kita iaitu MyKad.
    Penerima dalam program ini dapat membeli dan membayar dengan tepat apa yang mereka perlukan hanya dengan menggunakan MyKad mereka sebagai alat pembayaran di kedai-kedai yang ditentukan. Tidak ada wang tunai yang bertukar tangan pada bila-bila masa. Ini membawa kepada kecekapan dan keselamatan yang lebih tinggi di setiap peringkat.

BAGAIMANAKAH IANYA BERFUNGSI?

  • Apabila keluarga yang terpilih dan disetujui oleh penderma (NGO), setiap keluarga akan mencalonkan seorang penerima iaitu seorang daripada ahli keluarga,
    di mana butiran akaun MyKad seorang ahli keluarga tersebut akan didaftarkan dan diaktifkan dalam sistem ini untuk menerima bantuan secara cashless.
  • Penerima bantuan makanan akan mendapat elaun bulanan yang akan di isi di dalam MyKad/MyKasih seterusnya menggunakan
    kad pintar MyKad atau My Kasih mereka di kedai runcit yang terlibat.
  • MyKasih mempunyai lebih daripada 200 rakan runcit yang terlibat dalam sistem MyKasih ini di seluruh negara termasuklah
    Mydin, Giant, Econsave, The Store, Pacific, Milimewa , 99 Speedmart, Lotus Stores (Tesco), serta pasar raya dan pasar mini bebas.
  • Dalam hal ini, penerima boleh membeli barangan runcit asas daripada 10 kategori produk yang diluluskan antaranya ialah
    beras, mi, roti, biskut, telur, perasa, tepung, minyak masak, makanan dalam tin dan minuman.

mykasih sistem

CARA SEMAKAN

  • Bagaimanakah untuk anda mengetahui status Prihatin Kasih? Anda boleh menyemak kelayakan anda mengikut langkah ini:
  1. Sila layari portal semakan di http://www.mykasih.com.my/
  2. Pada bahagian atas paparan sila klik pada semak status bantuan PRIHATIN Kasih anda di sini – SEMAK STATUS
  3. Masukkan nombor kad pengenalan anda tanpa (-). Contoh : 85XXXXXXXXXX
  4. Kemudian sila masukkan captcha yang betul berdasarkan imej yang diberi.
  5. Tekan pada butang Semak Status untuk semakan..

CARA MENGGUNAKAN SISTEM MYKASIH (CASHLESS)

Penerima yang layak akan diberikan penerangan lanjut dikedai runcit terdekat atau berhampiran untuk membeli keperluan runcit asas seperti yang dinyatakan di atas. Penerima juga perlu memastikan kedai runcit tersebut terlibat dalam Prihatin Kasih ini.

Secara asasnya, anda boleh merujuk terus kepada langkah dan gambar rajah di bawah:

mykasih overview 1

CARA DAFTAR ATAU APPLY MYKASIH

Dalam hal ini, penerima My Kasih akan dikenal pasti dan ditentukan berdasarkan senarai yang sudah berdaftar di dalam pangkalan data kerajaan,
iaitu pangkalan data e-Kasih.

Untuk mendaftar e-Kasih, sila rujuk di laman sesawang berikut: eKasih 2021: Semakan Status Pendaftaran & Penerima Bantuan

MAKLUMAT LANJUT

Untuk sebarang pertanyaan atau sekiranya anda perlukan maklumat lanjut mengenai Hal ini, sila hubungi :

Leave a Comment