5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda

Kongsi Artikel Ini

Isi Kandungan

5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda

5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda
5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda

Dewasa ini, penyakit jantung bukan lagi sinonim dengan umur tua tetapi orang muda juga semakin ramai yang terkena serangan penyakit ini. Padahal kalau kita lihat pada zaman dahulu, penyakit ini hanya ada pada orang yang berumur diantara 35 ke atas.

Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia, setakat tahun 2023, penyakit serangan jantung merupakan pembunuh nombor 1 rakyat Malaysia iaitu sebanyak 16%  kemudian diikuti oleh paru-paru berair.

Jadi mengapakah perkara ini berlaku? Apakah tanda sakit jantung? Mari sama-sama kita selami punca dan tanda sakit jantung ini berlaku dan cara bagaimana untuk menghindarinya.

 

image 2024 07 05 142023887 

5 Tanda Sakit Jantung di Kalangan Golongan Muda

Penyakit Kencing Manis Merupakan Faktor Utama Sakit Jantung

Sekiranya anda seorang penghidap penyakit kencing manis, maka kebarangkalian untuk anda diserang penyakit jantung adalah 2 hingga 4 kali lebih tinggi berbanding orang lain.

Perkara ini terjadi kerana gula dalam darah tidak dapat dikawal oleh tubuh pada kadar yang sihat.

Gula yang tinggi akan menyebabkan saluran darah dalam tubuh hingga ke jantung menjadi rosak iaitu pembentukkan lemak kolestrol dalam arteri menjadi tersumbat.

Pesakit kencing manis juga berisiko untuk mendapat penyakit darah tinggi dan juga kolestrol yang tinggi.

 

Orang Muda Terlebih Stress

Kehidupan yang serba menekan dan keadaan ekonomi yang mencabar membuatkan anak muda sering tertekan. Dan apabila badan dalam keadaan tertekan, tekanan darah menjadi lebih tinggi.

Apabila keadaan ini tidak dapat diurus dengan baik, ianya akan memberi kesan pada jantung di masa akan datang.

 

Obesiti Dan Berat Badan Tidak Ideal Beri Tekanan Pada Jantung

Mempunyai berat badan yang berlebihan akan memberi kesan yang ketara pada kesihatan jantung anda dan boleh menjadi penyebab utama terkenan serangan jantung.

Tubuh yang mempunyai berat badan yang terlalu besar akan memberi tekanan pada jantung.

Ini kerana jantung perlu bekerja dengan lebih keras untuk pam darah ke seluruh tubuh.

Berbanding tubuh yang langsing dan bersaiz ideal, jantung akan bekerja dengan efisien dan normal. Selain itu, obesiti juga boleh mendatangkan penyakit berbahaya yang lain.

 

Merokok Merosakkan Jantung

Antara penyebab utama bagi serangan jantung yang utama adalah merokok.

Mereka yang merokok akan mendapat serangan jantung lebih tinggi berbanding mereka yang tidak.

5 Tanda Sakit Jantung

Berikut merupakan tanda sakit jantung :

  1. Jantung berdebar-debar dengan tidak sekata.

    Keadaan ini disebut sebagai ‘heart palpitation. Jantung terasa seperti ditekan-tekan.

  2. Sesak nafas.

    Anda akan merasakan kesukaran untuk bernafas dan badan menjadi lemah kerana kadar oksigen dalam darah menjadi rendah. Keadaan ini akan disertai keringat dingin.

  3. Berkeringat dingin.

    Anda merasa loya, dan sukar untuk kekal sedar kerana denyutan jantung menjadi tidak normal.

  4. Merasa mual dan ingin muntah.

    Kerana keadaan jantung yang tidak normal, anda merasa seperti tidak berdaya untuk mengawal kesedaran dan kepala menjadi sakit dan ingin muntah.

  5. Rasa pedih pada dada bahagian kiri.

Sekiranya anda merasakan tanda sakit jantung ini, sila dapatkan rawatan dari doktor di klinik atau hospital yang berdekatan.

image 2024 07 05 143343986

BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024

Cara Menjaga Kesihatan Jantung

1. Berhenti merokok

Membuang tabiat merokok ini akan memberi kesan yang paling ketara kepada kesihatan jantung anda.



2. Turunkan berat badan

Ubah tabiat pemakanan anda dari yang manis kepada yang kurang manis.

Kurangkan makanan yang berkolesterol tinggi kepada yang lebih sihat. Amalkan meminum air putih yang banyak.

 

3. Amalkan gaya hidup yang sihat

Keluarlah berjalan dan bersenam sekurang-kurangnya 30min, 3 hari seminggu.

Ini dapat membakar lemak-lemak jahat pada organ penting dalam badan.

Jangan lakukan sukan yang terlalu ekstrim sehingga memberikan tekanan pada jantung anda.

 

4. Tidur yang cukup

Badan yang kurang tidur akan memberi kesan pada tekanan darah dan organ dalaman anda tidak dapat bekerja dengan normal dan baik.

Tidur sekurang-kurangnya 7 jam sehari.

 

5. Urus stress dengan baik

Sekiranya anda menghadapi tekanan sila buat aktiviti yang menggembirakan dan menghiburkan diri anda.

Jangan biarkan keadaan mental anda berterusan dalam keadaan tertekan.

Luangkan masa untuk bercuti, bergembira dan berhibur.

Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan

PERINGATAN :

  1. PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
  2. PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.

Leave a Comment