Isi Kandungan
5 Pisau Lapah Daging Terbaik Di Pasaran Malaysia
Pisau adalah satu alat yang penting apabila tibanya musim korban. Terdapat banyak jenis pisau yang ada di pasaran mengikut keperluan. Pisau untuk potong sayur, potong ayam dan pisau untuk menyiang ikan. Semuanya mempunyai bentuk dan bahan buatan yang berbeza mengikut kegunaan. Adalah penting untuk mempunyai pisau khas untuk melapah untuk memudahkan kerja-kerja melapah dan mengelakkan daging menjadi hancur dan rosak.Apa Itu Pisau Lapah?
Pisau lapah adalah satu pisau yang digunakan untuk memisahkan daging dan kulit dan memotong daging. Pisau lapah berbeza dengan pisau yang lain kerana pisau lapah biasanya dibuat dari besi yang tidak mudah tumpul dan matanya yang lebih tajam berbanding dengan pisau yang lain. Bentuk pisau lapah pula selalunya sedikit melengkung ke atas.Beza Pisau Untuk Melapah & Pisau Biasa
- Ketajaman : Pisau lapah selalunya lebih tajam dari pisau biasa dan boleh digunakan lebih lama sebelum matanya diasah semula.
- Bahan : Pisau lapah diperbuat dari besi yang lebih keras dan berkualiti tinggi kerana keperluan pekerjaan melapah daging yang lama dan berat.
- Hulu : Kebiasaannya pisau untuk melapah mempunyai hulu yang ergonomic kerana kerja-kerja melapah biasanya lama dan hulu yang ergonomic akan mengurangkan rasa lenguh pada tangan.
- Mata pisau : Pisau untuk melapah akan berbentuk melengkung ke atas yang dicipta khas agar dapat menghiris daging sepenuhnya.
5 Pisau Lapah Terbaik Di Pasaran 2024
Mari kita kenali 5 pisau yang digunakan khas untuk melapah yang terkenal dan selalu digunakan di Malaysia.1. Mongolian Knife
Semak harga di sini Ciri-ciri :- Rekaan berasal dari Jepun
- Diperbuat dari besi Manganese
- Diasah secara tangan oleh tukang yang berpengalaman lebih dari 30 tahun
- Ketebalan pisau adalah 1.5mm
2. Pisau Lapah Jaya Mata
Semak harga di sini Ciri-ciri :- Diperbuat dari stainless steel Jerman
- Boleh ditemui di kedai hardware tempatan
- Harga murah
- Ketajaman mata adalah 54º and 58º(Sangat tajam)
- Hulu yang ergonomic tidak melenguhkan tangan
3. Victorinox American Skinning Knife
Semak harga di sini Ciri-ciri :- Pisau yang ringan dan balance antara mata dan hulu
- Diperbuat dari logam yang tinggi carbon menjadikan bilah lebih tahan lama dan tidak mudah tumpul
- Made in Switzerland
- Pisau yang paling terkenal dikalangan chef, tukang lapah
4. Laika Rostfrei-Inox
BACA JUGA ======== Cara Semak Saman Polis/JPJ Secara Online 2024
Semak Harga Di Sini Ciri-ciri :- Buatan Italy
- Diperbuat dari stainless steel
- Hulu yang diperbuat dari plastik rekaan khas anti slip
- Mata yang keras tidak mudah tumpul namun mudah diasah
- Harga yang murah
5. TRAMONTINA Skinning Knife
Semak Harga Di Sini Ciri-ciri :- Dibuat di Brazil
- Panjang hulu ke hujung mata adalah 7 inci
- Walaupun panjang namun ringan sangat selesa digenggam
- Harga murah dan barang berkualiti
Cara Penggunaan Pisau Yang Betul
Menggunakan pisau dengan cara yang betul adalah penting untuk keselamatan dan kecekapan.- Memilih pisau yang sesuai dengan tugas yang hendak dilakukan.
- Pisau yang tajam adalah lebih selamat kerana memerlukan tekanan yang lebih rendah semasa memotong,seterusnya dapat mengurangkan risiko pisau tergelincir.
- Sentiasa gunakan papan pemotong yang tidak licin dan pastikan tangan anda bersih dan kering untuk mengelakkan kecederaan.
- Ketika memotong, genggam pisau dengan betul dan gunakan teknik pemotongan yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan pada jari.
- Pisau hendaklah dibersihkan selepas digunakan dan disimpan dengan selamat di tempat yang tidak dapat dijangkau oleh kanak-kanak atau dalam bekas yang sesuai untuk mengelakkan kecederaan yang tidak diinginkan.
Ikuti Telegram Rasmi kami untuk lebih banyak info terkini : t.me/pakejbantuankerajaan
PERINGATAN :- PASTIKAN ANDA MENEKAN PAUTAN YANG SAMA SEPERTI DALAM GAMBAR YANG DIKEPILKAN. SEKIRANYA TIDAK, JANGAN KLIK PADA PAUTAN, ANDA AKAN TERDEDAH KEPADA PERBUATAN SCAM OLEH PIHAK YANG TIDAK BERTANGGUNGJAWAB.
- PORTAL TRIVIAMY MERUPAKAN SEBUAH PORTAL PERSENDIRIAN DAN TIDAK MEWAKILI MANA-MANA AGENSI KERAJAAN, KAMI HANYA MEMBANTU MENYEBARLUASKAN MAKLUMAT KEPADA MASYARAKAT.